Wednesday, September 12, 2018

PENCEMARAN ASAP ROKOK

Assalamualaikum, hai harini kumpulan kami akan membincangkan tentang pencemaran udara iaitu asap rokok. Haa ramai yang hisap rokok kan ? jadi di sini kami ingin menceritakan tentang kesan dan cara untuk mengatasi tabiat merokok. Jadi, perokok perokok yang baca blog ni boleh la ambil tips supaya korang boleh mengurangkan tabiat merokok. Sebelum tu, kami nak cerita sikit kandungan asap rokok supaya korang tahu bahayanya rokok kepada kesihatan.

Description: http://zulrose.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
Kandungan Asap Rokok
Nikotin
Description: http://zulrose.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

Nikotin merupakan dadah yang kuat. Nikotin bertindak terhadap pusat kepuasan di otak yang menyebabkan perokok terangsang pada peringkat awal, tetapi keadaan ini kemudiannya disusuli oleh kemurungan. Didapati  bahawa corak penagihan terhadap dadah berat sama seperti Cocaine, Amphetamine dan Morphine. Nikotin meningkatkan penghasilan bahan kimia yang dinamai dopaminedan berhubung rapat dengan pusat-pusat emosi di otak. Tindakan ini adalah sama seperti dadah-dadah tersebut.
Nikotin menyebabkan perubahan-perubahan berikut di dalam tubuh, ianya termasuklah :-
1.        Peningkatan kadar denyutan jantung.
2.        Konstriksi ( pengecilan ) salur darah dan kenaikan tekanan darah.
3.                Peningkatan kepekatan asid lemak dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan arteri tersumbat apabila diiringi dengan kenaikan daya lekatan platelet darah.

Kesan Tar

Manusia merokok kerana inginkan kesan nikotin, tetapi kebanyakan kematian akibat tabiat merokok berpunca daripada tar. Bahan tar apabila masuk ke dalam sistem tubuh akan diubahsuai di hati kepada suatu bahan yang dikenali sebagai epoksida. Epoksida juga ini berbahaya kerana melalui tindakannya pada DNA yang merupakan unit asas baka sel, akan mencetuskan pertumbuhan sel yang tidak normal pada organ.

Kesan Karbon Monoksida

Karbon monoksida ialah gas yang tidak berbau dan tidak berwarna serta lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen. Keadaan ini tentu akan menjejaskan keupayaan darah untuk membekalkan oksigen kepada tisu-tisu tubuh. Bagi menampung kekurangan ini, jantung dan paru-paru terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi. Karbon monoksida juga merosakkan dinding arteri dan dengan itu, mendorong berlakunya penyakit jantung.





Kesan asap rokok 
  1. Terganggunya kesiihatan manusia
  2.  Rosaknya banggunan kerana pelapukan.
  3.  Terganggunya pertumbuhan tanaman
  4.  Terjadinya hujan acid.
  5.  Carbon monoksida yang etrhasil lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen.
Cara mengatasi :

  1. Jangan biarkan anggota keluarga anda merokok di dalam rumah.
  2.  Meletakkan tanda amaran merokok di tempat awam.
  3.  Mengadakan kempen kesedaran merokok.
  4.  Ibu bapa perlu mengawasi aktiviti sosial anak- anak.
  5. Pihak berkuasa perlu menaikkan harga rokok.
  6.  Menguatkuasakan undang undang kepada perokok sekiranya mereka merokok di tempat awam.
  7.  Bersukan atau melakukan aktiviti berfaedah.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum n salam enviromental.. exam is around the corner gaiiss.. so salah satu topik yg wajib time final adalah HAZARDOUS WASTE... ...