Thursday, July 19, 2018

          Assalamualaikum dan salam enviromental.. hahahhahaha.. ok aktiviti hari ini kami sambung presentation bagi group yg tak present lagi.. kita citer sikit ttg penyakit yg kawan kawan kita present. Antara tajuk yang mereka present adalah bawaaan makanan,kencing tikus,bird flu, dan aedes. Pelbagai input yang kami dapat dari presentation rakan kami. kami harap setiap input tu boleh lah ingatt utk jawab time final nantii, ahahhahaha,... dan aku rasa muzik yg dimainkan time present buat mcm nk menari.. sempat juga layan cite angry bird...huhu

       Seterusnya,ada juga beberapa kumpulan yang dah pun bawak project waste to art yg diberi 2 mggu lepas.. tapi hasilnya x memberangsangkan... sorry puan😒... mngkin nilai kreativiti semakin pudar dlm diri ini.

           Selesai je present puan mengkhabarkan kami dgn berita gembira.. puan xde mggu depan...  haa tepuk...we'll miss u😒... TETAPI jeng.. jeng.. jeng.. puan tggalkan kami dgn satu tugasan... kami kena jadi ala2 karam singh walia dgn menceritakan tentang pencemaran bunyi.Yang paling best bila puan cakap kena buat video rakaman kita sendiri.Hahahhaha.

          Okey itu sahaja dari group kami kita tengok pula liputan seterusnya... adios amigo..psis aummm

       

Thursday, July 12, 2018

An Exciting Lesson !!

Annyeonghaseyo !
Hai semua, setelah hampir semingggu kita berehat hari ini kita berkumpul sekali lagi. Setelah mengerah keringat mendaki ketingkat empat dimana letaknya bilik tecc kami dapat bersua muka dengan puan arinah. For the second time ! Kelas dimulakan dengan sudah pastinya buka pintu lah. Macam mana nak masuk kelas kalau tak buka pintuu. Hahahahahahhahha. 

Pintu dah dibuka apa lagi semua pun masuk kelas. Hampir 99 peratus rakan rakan sekelas beraksi jakun. Why? Sebab semua teruja sangat nampak decoration bilik tecc sampaikan lupa buka lampu. Yang menyedarkan kami untuk balik ke alam nyata semestinya suara puan arinah. So, sedikit reminder untuk kita semua dari awal semester sampai akhir semester shazwan yang bertanggungjawab buka dan tutup air conditioner. So shazwan janganlah lupa wekk :p


Sebelum pembelajaran bermula puan arinah check 'kerja sekolah' yang diberi minggu lepas. Namun, tak ramai antara kami yang ingat tentang 'kerja sekolah' tersebut. Abe (siapa kenal kenal) antara hero yang cuba menyelamatkan rakan rakan dengan share pamphlet pasal penyakit penyakit yang mungkin dia seludup dari mana mana hospital. Malangnya, abe tak berjaya menyelamatkan diri sendiri. Golongan yang yang tak siap 'kerja sekolah' (termasuk abe) diberi reward lima kali 'ketuk ketampi'. Well sejujurnya, its quite refreshing. Tak terbeban pun buat benda tu sebab kami memang bersalah dan ianya sedikit sebanyak mengimbau kenangan zaman persekolahan dulu dulu. 


Apa yang kami belajar harini?


First of all,jangan berani tak siapkan kerja sekolah ye kawan kawan. Hahahahahahah. Okay on the serious note, harini kami dapat rasmikan penggunaan komputer (yeke merasmikan?) Hehehehe. Puan bagi kebenaran guna komputer dan mulakan perjalanan menyiapkan peta minda menggunakan 'mindmister'. Some of us having no problem accessing the internet but for some of us it isnt. But its okay, itulah namanya dugaan masa belajar kan? Hahahaha. To be honest, kami sangatlah teruja nak guna, mindmister, ni. At first, susah juga nak guna yelah sebab tak reti kan. Tapi, bila dah mahir, laju je buat. Dapat tambah video, gambar dan emoji! Once the mind map done, we are ready to present!


Kelas hari ini berlalu dengan sangat pantas. Tanpa disedari kelas tiba dipenghujungnya. Sempat juga 2 atau tiga kumpulan buat pembentangan tadi. Saki baki kumpulan yang belum membuat pembentangan akan bentang minggu hadapan. Before class ended,we submitted the links of our mind map. End of class, we queue at the outside and shake hands. Banyak sangat benda kami belajar dalam masa yang sangat singkat. Peluh naik ke tingkat 4 tadi rasa sangat berbaloi. Cant wait for the next class. Wonder what other good memories we gonna create later.


Rasanya setakat sini sahaja bingkisan tentang perjalanan minggu kedua subjek Environmental Pollution And Control  kelas DKA5B bersama Puan Arinah. 


p/s: Kadang kita mengeluh berpeluh, tapi percayalah ini semua adalah antara momen indah kita bersama. Kalau diputar semula waktu dan kita cuba lakonkan sekali lagi, perasaan itu takkan pernah sama.


Akhirulkalam, semoga kita berjaya dunia dan akhirat (semestinya subjek ni dapat A ;P). Amin.


Bye!

Adios!
Crotia Vs France nanti kalian sokong mana?
hehehehehhe







so this is us ! hahaha bye.

Monday, July 9, 2018

Tak sabarnya menunggu kelas untuk minggu kedua ni...
Baru seminggu tak jumpa dah rinduuuu...
Topik yang kami nak kongsi hari ini ialah tentang satu penyakit yang cuba dikongsi oleh puan Arinah minggu lepas iaitu "dengki"(Denggi).

1. Apa itu demam denggi ?
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.
2. Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
3. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
4. Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

5. Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
a. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
  • Membuang bekas yang boleh menakung air
  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
  • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
b. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
c. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Thursday, July 5, 2018

ENVIROMENTAL POLLUTION

ENVIROMENTAL POLLUTION 😎😎😎


First day class πŸ€”πŸ€”

Assalamualaikum semua, okay memandangkan harini firstday kelas subjek environment polution so kami memang mengharapkan kelas cancel tapi apakan daya kelas tetap ada macam biasa haha yelah sapa tanak cancel sbb dari pagi memang tak ada kelas haha ok gurau gurau. Dah la jauh , tak fikir orang yang duduk luar hahaha abang gurau je ,lagi pun bilik TECC kunci terpaksa menatap di bawah JKA tapi its okay nasib angin ada.

Okay nak cerita pasal lecturer baru ni sikit, first time dia sampai nampak gaya macam okay sekali ayoo boleh tahan garangπŸ€• Hahaha tapi tak tahu lah kan bende pon firstday. Harap puan ni memang okay lah walaupon note suara dia tinggi sangat sampai langit ketujuhπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tu set set lagu dayang gentle sampai hahahaha. So far harini dah memacam puan terangkan pasal subjek okay lah rasanya kitaorang boleh ikot. Okay lah tu je untuk harini, lain hari lain cerita pulak.

Puan

Last lastt, sejujurnya tadi lawak pasal denggi tu memang tak kelakar tapi demi puan kami ketawa jugak hahahhahaa okk gurau byeee,✌️

Assalamualaikum n salam enviromental.. exam is around the corner gaiiss.. so salah satu topik yg wajib time final adalah HAZARDOUS WASTE... ...