Thursday, July 12, 2018

An Exciting Lesson !!

Annyeonghaseyo !
Hai semua, setelah hampir semingggu kita berehat hari ini kita berkumpul sekali lagi. Setelah mengerah keringat mendaki ketingkat empat dimana letaknya bilik tecc kami dapat bersua muka dengan puan arinah. For the second time ! Kelas dimulakan dengan sudah pastinya buka pintu lah. Macam mana nak masuk kelas kalau tak buka pintuu. Hahahahahahhahha. 

Pintu dah dibuka apa lagi semua pun masuk kelas. Hampir 99 peratus rakan rakan sekelas beraksi jakun. Why? Sebab semua teruja sangat nampak decoration bilik tecc sampaikan lupa buka lampu. Yang menyedarkan kami untuk balik ke alam nyata semestinya suara puan arinah. So, sedikit reminder untuk kita semua dari awal semester sampai akhir semester shazwan yang bertanggungjawab buka dan tutup air conditioner. So shazwan janganlah lupa wekk :p


Sebelum pembelajaran bermula puan arinah check 'kerja sekolah' yang diberi minggu lepas. Namun, tak ramai antara kami yang ingat tentang 'kerja sekolah' tersebut. Abe (siapa kenal kenal) antara hero yang cuba menyelamatkan rakan rakan dengan share pamphlet pasal penyakit penyakit yang mungkin dia seludup dari mana mana hospital. Malangnya, abe tak berjaya menyelamatkan diri sendiri. Golongan yang yang tak siap 'kerja sekolah' (termasuk abe) diberi reward lima kali 'ketuk ketampi'. Well sejujurnya, its quite refreshing. Tak terbeban pun buat benda tu sebab kami memang bersalah dan ianya sedikit sebanyak mengimbau kenangan zaman persekolahan dulu dulu. 


Apa yang kami belajar harini?


First of all,jangan berani tak siapkan kerja sekolah ye kawan kawan. Hahahahahahah. Okay on the serious note, harini kami dapat rasmikan penggunaan komputer (yeke merasmikan?) Hehehehe. Puan bagi kebenaran guna komputer dan mulakan perjalanan menyiapkan peta minda menggunakan 'mindmister'. Some of us having no problem accessing the internet but for some of us it isnt. But its okay, itulah namanya dugaan masa belajar kan? Hahahaha. To be honest, kami sangatlah teruja nak guna, mindmister, ni. At first, susah juga nak guna yelah sebab tak reti kan. Tapi, bila dah mahir, laju je buat. Dapat tambah video, gambar dan emoji! Once the mind map done, we are ready to present!


Kelas hari ini berlalu dengan sangat pantas. Tanpa disedari kelas tiba dipenghujungnya. Sempat juga 2 atau tiga kumpulan buat pembentangan tadi. Saki baki kumpulan yang belum membuat pembentangan akan bentang minggu hadapan. Before class ended,we submitted the links of our mind map. End of class, we queue at the outside and shake hands. Banyak sangat benda kami belajar dalam masa yang sangat singkat. Peluh naik ke tingkat 4 tadi rasa sangat berbaloi. Cant wait for the next class. Wonder what other good memories we gonna create later.


Rasanya setakat sini sahaja bingkisan tentang perjalanan minggu kedua subjek Environmental Pollution And Control  kelas DKA5B bersama Puan Arinah. 


p/s: Kadang kita mengeluh berpeluh, tapi percayalah ini semua adalah antara momen indah kita bersama. Kalau diputar semula waktu dan kita cuba lakonkan sekali lagi, perasaan itu takkan pernah sama.


Akhirulkalam, semoga kita berjaya dunia dan akhirat (semestinya subjek ni dapat A ;P). Amin.


Bye!

Adios!
Crotia Vs France nanti kalian sokong mana?
hehehehehhe







so this is us ! hahaha bye.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum n salam enviromental.. exam is around the corner gaiiss.. so salah satu topik yg wajib time final adalah HAZARDOUS WASTE... ...