Tuesday, October 23, 2018

Assalamualaikum n salam enviromental.. exam is around the corner gaiiss.. so salah satu topik yg wajib time final adalah HAZARDOUS WASTE... jadi kat sini nk share sikit jenis2 hazardous waste ni atau sifat2 waste ni:

-reactive
-ignitable
-infectious
-corrosive

Ok itu je... selamat menjawab exam...

Wednesday, October 17, 2018

Harley davidson copy ori




Walaupun benda nampak simple tapi nk buat tu perlukan tenaga kerja yang banyak , abaikan orang yang berada di  belakang tu saje je nk semak , terima kasih puan Arinah kerana beri peluang kepada kami untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yg seronok aummmm

Wednesday, September 12, 2018

Kesan Penyemburan Racun Perosak Kepada Udara.



Penyemburan racun perosak adalah mengawal makhluk perosak yang mengganggu hidup manusia, tanaman, Dan haiwan. Ia terdiri drpd campuran bahan kimia Dan biologi.

Kesan:
- semburan debu kimia Dan racun cecair di Dalam kawasan pertanian berskala  besar scr kera akan menyebabkan baja bahan kimia terampai di ruang udara.
- Ia blh mnjejaskan kualiti udara tetap juga berpotensi utk berlaku hujan said yg blh jejalan semua kehidupan jika hujan said kerap berlaku.
- pembuatan baja sintetik me bebas kan 80 juta tan metrik Co2 setahun.
- langkah langkah mengatasi adalah seperti berikut :
*jabatan pertanian akan mengawal Dan memastikan penggunaan baja perosak mengikut piawai yang benar.
*pada bekas racun, terdapat jalur yang akan menentukan jenis racun tersebut utk panduan petani

PENCEMARAN ASAP ROKOK

Assalamualaikum, hai harini kumpulan kami akan membincangkan tentang pencemaran udara iaitu asap rokok. Haa ramai yang hisap rokok kan ? jadi di sini kami ingin menceritakan tentang kesan dan cara untuk mengatasi tabiat merokok. Jadi, perokok perokok yang baca blog ni boleh la ambil tips supaya korang boleh mengurangkan tabiat merokok. Sebelum tu, kami nak cerita sikit kandungan asap rokok supaya korang tahu bahayanya rokok kepada kesihatan.

Description: http://zulrose.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif
Kandungan Asap Rokok
Nikotin
Description: http://zulrose.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

Nikotin merupakan dadah yang kuat. Nikotin bertindak terhadap pusat kepuasan di otak yang menyebabkan perokok terangsang pada peringkat awal, tetapi keadaan ini kemudiannya disusuli oleh kemurungan. Didapati  bahawa corak penagihan terhadap dadah berat sama seperti Cocaine, Amphetamine dan Morphine. Nikotin meningkatkan penghasilan bahan kimia yang dinamai dopaminedan berhubung rapat dengan pusat-pusat emosi di otak. Tindakan ini adalah sama seperti dadah-dadah tersebut.
Nikotin menyebabkan perubahan-perubahan berikut di dalam tubuh, ianya termasuklah :-
1.        Peningkatan kadar denyutan jantung.
2.        Konstriksi ( pengecilan ) salur darah dan kenaikan tekanan darah.
3.                Peningkatan kepekatan asid lemak dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan arteri tersumbat apabila diiringi dengan kenaikan daya lekatan platelet darah.

Kesan Tar

Manusia merokok kerana inginkan kesan nikotin, tetapi kebanyakan kematian akibat tabiat merokok berpunca daripada tar. Bahan tar apabila masuk ke dalam sistem tubuh akan diubahsuai di hati kepada suatu bahan yang dikenali sebagai epoksida. Epoksida juga ini berbahaya kerana melalui tindakannya pada DNA yang merupakan unit asas baka sel, akan mencetuskan pertumbuhan sel yang tidak normal pada organ.

Kesan Karbon Monoksida

Karbon monoksida ialah gas yang tidak berbau dan tidak berwarna serta lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen. Keadaan ini tentu akan menjejaskan keupayaan darah untuk membekalkan oksigen kepada tisu-tisu tubuh. Bagi menampung kekurangan ini, jantung dan paru-paru terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi. Karbon monoksida juga merosakkan dinding arteri dan dengan itu, mendorong berlakunya penyakit jantung.





Kesan asap rokok 
  1. Terganggunya kesiihatan manusia
  2.  Rosaknya banggunan kerana pelapukan.
  3.  Terganggunya pertumbuhan tanaman
  4.  Terjadinya hujan acid.
  5.  Carbon monoksida yang etrhasil lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen.
Cara mengatasi :

  1. Jangan biarkan anggota keluarga anda merokok di dalam rumah.
  2.  Meletakkan tanda amaran merokok di tempat awam.
  3.  Mengadakan kempen kesedaran merokok.
  4.  Ibu bapa perlu mengawasi aktiviti sosial anak- anak.
  5. Pihak berkuasa perlu menaikkan harga rokok.
  6.  Menguatkuasakan undang undang kepada perokok sekiranya mereka merokok di tempat awam.
  7.  Bersukan atau melakukan aktiviti berfaedah.



Thursday, September 6, 2018

PENCEMARAN UDARA(PELEPASAN ASAP KENDERAAN)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kami Hazirulakma,Sara Sofea,Aqilah,Sharanya dan Megala dari DKA5B memilih pelepasan bunyi kenderaan untuk bab 3 Pencemaran Bunyi.Terdapat banyak faktor-faktor berlakunya pencemaran bunyi.Salah satunya ialah pelepasan kenderaan.Mari kita scan and scroll isi kandungan tentang pelepasan asap dari kenderaan dan apa jadinya kepada semua....😏




Pengenalan
  • Asap dari kenderaan bermotor menyumbang kepada pelepasan hidrokarbon,gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida ke atmosfera yang sangat tinggi.
  • Pelepasan gas ini adalah salah satu penyebab kepada pemanasan global yang sedang kita hadapi kini.


Punca Pencemaran Bunyi

            👉Proses pembakaran bahan api fosil bagi menggerakkan kenderaan bermotor.
•    👉Pelepasan asap hitam kenderaan yang berlebihan disebabkan beberapa faktor:

ü Kenderaan uzur
ü Servis dan penyelenggaran yang tidak sempurna

ü Muatan berlebihan


Cara – Cara Mengatasi

  o     Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum
  o     Memasang alat catalytic converterpada enjin kenderaan
  o            Penggunaan kenderaan awam(LRT,Komuter,Monorel)

  o           Sentiasa servis kenderaan


Kesan

    v  Kesihatan Manusia
ü  Sistem Penafasan
ü  Menghalang Penglihatan

    v  Hujan Asid
ü  Kimia Sulfur dioksida dan Nitrogen Dioksida akan larut dalam wap air
-  Tumbuhan tidak segar

    v  Kesan ke atas Atmosfera
ü  Kloroflorokarbon – lapisan ozon menjadi nipis
ü  Suhu bumi meningkat
ü  Penyakit Kanser Kulit









Sejauh manakah kluoroflorokarbon (CFC) menjadi punca kepada pencemaran udara???

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara. 




LANGKAH MENCEGAH Penggunaan CFC


Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.
Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC).
PerundanganPelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.
Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.
________________________________________
LANGKAH MENGAWAL 

Pengasing Elektrostatik
Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikel udara. Misalnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong.
Modal experimen adalah seperti berikut. Partikel-partikel kecil tidak dapat dinaikkan.
Oleh itu, Prinsip Bernoulli terpaksa diaplikasikan.
________________________________________

'Wet Scrubber' 
Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cacair. Berikut adalah modal experimen.
________________________________________

Penampalan Ozon 

Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium.
Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.






by:
Aidil
Hedz
Naim
Syasya
Tiqah

PUNCA PENCEMARAN UDARA

PENJANAAN KUASA:

  • Cntoh penjanaan kuasa adalah tenaga elektrik, bahan bakar api fosil dan gas asli,minyak dan arang batu.
  • 15% hingga 40%  adalah lebihan gas yang menjadi haba.

Cara-cara mengatasi:
  1. Membina hidroelektrik di setiap empangan.
  2. Pemasangan atau penggunaan solar untuk bangunan-bangunan tinggi.
  3. Perlaksanaan kaedah biomas.
Kesan:
  1. Hujan asid - Tertumpu pada pusat bandar.
  2. Haiwan udara lebih terancam daripda haiwan darat.
  3. Tumbuh-tumbuhan menjadi rosak akibat penyerapan lebihan haba.
Langkah-langkah mengatasi:
  1. Meninggikan serombong asap bagi loji-loji bahan bakar api fosil.
  2. Memasang alat penapis diserombong asap.
  3. Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat.
  4. Mengadakan kempen kepada masyarakat.


Assalamualaikum n salam enviromental.. exam is around the corner gaiiss.. so salah satu topik yg wajib time final adalah HAZARDOUS WASTE... ...